Monday, November 15, 2010

Dinar Emas

Salam semua...dah lama tak blogging,untuk makluman semua,blog saya eilasalleh@blogspot.com tu ada masalah skit,kena hacked tak tahu kenapa?tapi semua tu tak menghalang saya dari terus blogging yea...tetiba terfikir nak kongsi cerita pasal Dinar Emas atau Dirham, kalau di kelantan, kerajaan dah alu-alukan rakyatnya membeli menggunakan dinar atau dirham, atau mengumpulnya. Sebenarnya, emas, dinar atau dirham ni adalah satu pelaburan yang cukup manfaat dan yang penting halal lagi tanpa riba'.Macam2 orang menabung sekarang ni, ke bank atau insurance ke?semuanya sama, cuma kalau boleh pilihlah yang halal dari segi syarak'nya.Sama juga dengan insurance,hanya  Insurance Takaful sahaja yang membuat pelaburan berteraskan Islam.
Nak pilih melabur,,boleh aje, beli dinar emas atau dirham, lepas tu simpan,sekurang2nya dalam setahun,pulangan sebanyak 20%.Cuba tengok penggiraan dibawah,cukup memberangsangkan.
 Andaian dalam penggiraan;
Harga dinar emas sekarang (Tahun 2010):
1 dinar = RM 580
Harga ramalan dinar emas selepas 20 tahun (Tahun 2030). Dengan andaian kenaikan harga emas 20% setiap tahun, maka selepas 20 tahun kenaikannya ialah 400% (Ini adalah berdasarkan rekod kenaikan harga emas dalam tempoh berpuluh-puluh tahun yang lepas).
1 dinar = RM580 x 400% = RM2900
 
Ok jugak kalau kita melabur, tapi menyimpan dinar ni plak yang menjadi masalah,sekarang banyak sangat rumah2 kena pecah masuk,so tak selamat kalau disimpan dirumah.Jadi, sesetengah pengumpul dinar ni menyimpan di bank atau Al-Rahnu...perbankan cara islam, cuma akan dikenakan bayaran untuk setiap transaction.Itu je,itu adalah salah satu cara melabur yang saya rasa cukup menyakinkan. Skang ni,ASB,dividen pun cuma 8-9%sahaja setiap tahun.So, apa komen anda?rasanya2 setuju tak kalau kita pakat2 melabur macam nie...terpulanglah,tepuk dada tanya selera.Adios.

2 comments:

  1. ada member beli dinar emas...tapi kena pandai jaga, klu calar or kemek jatuh harga.

    ReplyDelete
  2. Ana...kalu dinar emas public gold...calar ker, kemek ker, bengkok ker ...harga tetap sama asal kan berat dia kalau timbang sama 4.25grm....itu kelebihan public gold.

    ReplyDelete